Pages

Thursday, September 8, 2011

kisah seorg kawan

ada seorang hamba allah ni, lama dh aku kenal die.. die dok pukul canang satu dunia aku kawan baik die..tapi kadang2 aku xfam ngan die sebab depan kemain baik lagi ( xde lah baik mana pon kan !) itu satu hal, belakang dok mengata sumpah seranah ..ape kes? kadang2 nak jerk aku pi tanya die, ko duk sibuk pukul canang aku ni kawan baik kau, tapi kau paham ke maksud kawan baik? adess..kawan jenis apakah?

Thursday, April 7, 2011

Sifat Wanita Melalui Unsur


~ WANITA TANAH ~
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

~WANITA API~
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
~ WANITA ANGIN ~
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
~ WANITA AIR ~
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
~ NASIHAT UNTUK WANITA ~
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Kisah Si budak Kecik !

Kehidupan si budak kecik ni tidak lah begitu menarik , kalo nak di bandingkan dengan orang lain. Kehidupan dia sangat sederhana , tapi penuh dengan kasih sayang, mungkin !! Si budak kecik sentiasa menginginkan perhatian dari orang di sekeliling yang ngam dengan dia , sebab bagi dia mereka adalah keluarga , sahabat.


Tapi sedihnya , si budak kecik ini tidak dapat apa yang diinginkannya menjadi kenyataan. Lalu si budak kecik membawa hati yang rajuk untuk menyepi seribu bahasa tanpa peduli apa pun yang bakal terjadi. Sekecik ingin buktikan dia boleh berjaya tanpa mereka disisi untuk memberi semangat dan memberi jalan kepadanya selama ini. 


Akhirnya , si budak kecil kembali dengan satu kejayaan yang penuh bangga !! Kawan-kawan tetap berkonsi kegembiraan bersama, kerana bagi si kecil jika mereka tidak buat begitu , si kecil tidak akan kemana.. 


Sampai bila kita mahu di suap sedangkan kita mampu berusaha dengan sendirinya..!!! Begitu la kisah si budak kecik !.

dendam kesumat !

Mereka suka..
Mereka gembira..
Mereka senang..
Mereka ceria..
Mereka riang..

Hari ini mereka berjaya membuli aku..
Hari ini mereka berjaya membalas dendam terhadap aku..
Hari ini hari mereka..
Hari ini mereka ceria dengan telatah mereka..

Tapi tunggu hari aku akan tiba..
Tapi bila?
Mereka berlima, aku cuma aku..
Argh persetankan mereka.
Aku akan gunakan kudrat ku sekuat mungkin untuk menindas mereka.
Akan aku lakukan..



blues PEREMPUAN sakit jiwa !

Penipuan satu penindasan paling kejam.
penipuan lebih mesra bersama perempuan.
Kenapa begitu? tanya ku terpinga.
Lumrah alam yang dicipta oleh mereka.
Penipuan, penindasan dan perempuan.

Mereka sering kata,

Curang dilakukan perempuan
Penipuan sebati bersama perempuan.

Mereka kata lagi,

Perempuan itu perempuan jalang
Jalang itu aku
Perempuan itu perempuan sial
Sial itu aku.

Mereka mengata perempuan, itu aku

Mereka maki hamun perempuan, itu aku
Disepak diterajang perempuan, itu aku
Dihina dicerca perempuan, itu aku
Disampah dibolakan perempuan, itu aku !!

Persetankan mereka.

Tidak sedar, jiwa, hati, minda, mata

Mereka sebati penipuan,

segaul penindasan
sejiwa kecurangan.

Mereka itu gila !!!

Kesedaran tidak wujud diakal mereka.

Mereka bukan metal , tapi mental

Mereka bukan mereka
Mereka bertopeng disebalik mereka
Mereka pandai bermuka-muka.

Kenapa perempuan begitu?

tanya ku kebingungan..
Sebab mereka adalah mereka
Kenapa perempuan curang?
tanya ku semakin kebuntuan..
Sebab mereka adalah mereka
Kenapa perempuan ligat?
tanya ku sambil mata terkebil-kebil
Sebab mereka adalah MEREKA.

Perempuan itu sial itu disakiti

Perempuan jalang itu diludahi
Perempuan itu dibenci
Sebab mereka tidak menghargai,
tidak menghayati,tidak memahami,
tidak menerima perempuan, itu AKU !!

Wahai mereka sekalian,

buanglah lumrah alam yang dicipta..
Wahai mereka sekalian,
jika sentuh perempuan selembutnya,
sangkar lah tempatnya.
Jika sentuh perempuan sekasar duri,
Sedari lah termakan diri.

Bicara mereka,

Kau perempuan jalang
Kau perempuan sial
Kau perempuan sampah
Kau perempuan kotor
Kau perempuan curang
Kau perempuan penipu
Kau perempuan hina
PEREMPUAN ITU AKU !!!

Tuesday, March 29, 2011

No Title.

i love u more than words..
do u love me?
u dont ave to ask me?
coz u noe how much i love u..
syg kamu...
2,3 kucing berlari..
mana kan sama si kucing belang..
2,3 cik adik kiki,
kalau lah rindu call me sekarang..:)

sayang..rindu kamu..on9 la syg..
jgn lupe tau syg..sy di bilik je ni..sedang merindui kamu..
sayang i miss u so muchhhh...yeahhhh esok syg balik sini..alhamdulillah.take care darling..love u
syg sorry k..smlm penat gile..sumpah x tipu..
nasib baik dapat call kamu before..
aduh..rasa bersalah betul ni syg...:(
happy anniversary my dear..may dream come true..:)love u. 
aku wanita biasa yang punyai hati dan perasaan untuk cinta mencintai..aku bisa terluka dengan setiap tingkah dan laku mu..tapi aku tidak bisa berhenti untuk mencintai mu.
i'll never love again..oh boy you left me speechless..you've left me speechless..so speechless!!!:)
Dimanakah anda dikala malam bulan mengambang?hurrmmmm....
 

 

Friday, March 25, 2011

Bulan Bintang

Semalam kami masih bersama. Masih bergelak ketawa, masih meluah rasa, masih memendam rindu dan masih bermadu asrama tapi hari ni kami seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Aku cuba mencari di mana silap di mana punca yang menyebabkan kami diam membisu tanpa berita. 
Aku bertanya kepada sang bulan mengapa ini terjadi ? mengapa ini harus kami lalui? semalam kami masih bersama ! Sang bulan hanya diam membisu dan semakin lama warnanya semakin pudar seperti kisah kami. Aku bimbang kisah kami akan layu sepi seperti bulan. Aku menangis merayu kepada sang bulan jangan kau pudarkan warna yang cantik itu. Sang bulan hanya mampu memandang tanpa berbuat apa2 ! Aku melihat sang bintang pula semakin menghilangkan diri disebalik malam yang pekat tanpa sedikit cahaya yang indah. Aku bertanya kepada sang bintang, kenapa kau selindung disebalik malam yang gelap? Apakah kau xmampu untuk memberi sedikit cahaya kepada aku? Jawab sang bintang kepadaku, aku xmampu memberi sedikit cahaya kepada engkau kerna aku juga sedang bersedih seperti kau.